Cokodok Pisang


BAHAN-BAHAN
1 sikat pisang emas
300gm tepung gandum
1 biji telur ayam
Minyak masak

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Pisang dilenyek sehingga hancur.
2) Kemudian masukkan tepung dan telur. Sebatikan. Pastikan adunan tidak terlalu pekat.
3) Panaskan minyak. Gunakan sudu untuk membentuk adunan tadi bulat-bulat dan masukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan tadi.
4) Goreng sehingga kuning tua.
5) Setelah masak bolehlah diangkat dan ditoskan minyaknya.
blog comments powered by Disqus