Kuih Kaswi


BAHAN-BAHAN
A) 5 cawan air
3 keping gula kerek/roda (banyak dijual di pantai timur)
atau 3 s/b gula merah
3 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan

B) 2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung kanji/ubi atau jagung
1 sudu kecil kapur kueh
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

LANGKAH PENYEDIAAN :

1) Panaskan kukusan.
2) Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
3) Bancuh semua bahan dan tapiskan ke dalam loyang.
4) Masakkan sehingga masak.
5) Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong.
6) Gaulkan garam dan kelapa.
7) Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Sumber :Kak Liza MCD
blog comments powered by Disqus