Hantar Resepi Anda

Kuih Cara Manis


BAHAN-BAHAN ( dalam 12 biji )
100gm tepung
200ml santan sederhana pekat/susu segar
1 sudu besar jus pandan
1 biji telur
½ sudu teh garam
beberapa titik pewarna hijau
gula sebagai inti

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, kisar adunan.
2) Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan ½ sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
3) Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sebab kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit sahaja.

Sumber :www. myresepi.com
blog comments powered by Disqus