BAHAN-BAHAN
2 ketul ikan terubuk yang telah dipotong.
5 biji cili kering (dikisar)
1/2 inci kunyit hidup (dikisar)
1 biji bawang putih (dikisar)
2 biji bawang merah (dikisar)
1 helai daun kunyit
sedikit daun kesum
sebatang serai
Minyak untuk menumis
air asam jawa secukupnya
garam & gula secukupnya
LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Panaskan kuali dan masukkan minyak.
2) Masukkan bahan yang telah dikisar dan serai, tumis hingga naik bau kemudian masukkan ikan.
3) Selepas itu, masukkan air asam jawa, daun kunyit, daun kesum.
4) Kemudian masukkan garam & sedikit gula, tunggu hingga mendidih dan angkat.
Sumber: www.iluvislam.com