Briyani Dam



BAHAN-BAHAN
2 cawan beras
500 gram ayam dipotong kecil
½ cawan susu
1 cawan yogurt
3 ulas bawang
1 sudu halia (dikisar)
1 sudu bawang putih (dikisar)
½ cawan tomato puri
1 sudu serbuk cili hijau
1 sudu serbuk jintan yang disagar
2 sudu serbuk masala
300 gram serbuk buah pelage hijau
Secubit safron
1 sudu serbuk ketumbar
2 sudu daun ketumbar
7 sudu minyak sapi
Garam secukup rasa

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Campurkan tomato puri, yogurt, pes halia, pes bawang putih, serbuk cili hijau ,serbuk kunyit serbuk jintan, serbuk masala dan garam. Kacau sebati.
2) Perapkan ayam dengan bahan terbabit dan ketepikan selama tiga ke empat jam.
3) Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang hingga keemasa dan naik baunya.
4) Masukkan ayam yang sudah diperap dan masak selama 10 minit.
5) Tambah 4 cawan air ke dalam beras.kemudian campurkan safron dan susu.
6) Campurkan serbuk buah pelaga dan ayam.
7) Masak nasi pada tekanan suhu tinggi dan kacau.
8) Hiaskan dengan daun ketumbar dan hidangkan ketika panas.

Sumber: Surat khabar Metro.
blog comments powered by Disqus