Pulut Inti


BAHAN-BAHAN

Bahan pulut:

500g beras pulut (direndam >< 3 jam)

3 helai daun pandan (dibelah 2)

400g santan cair (anggaran)

Sedikit garam

Bahan inti :

½ biji kelapa parut

3 sudu makan gula merah

1 sudu gula putih

Sedikit air

LANGKAH PENYEDIAAN :

1) Beras pulut dicuci hingga bersih dan toskan.

2) Letakkan daun pandan dalam loyang. Kemudian masukkan beras pulut dan diikuti dengan santan yang dicampur dengan garam (santan mesti hapus paras pulut. Kalau kurang santan, tambahkan dengan air. Kalau lebih, kurangkan)

3) Kukus >< 20 minit.

4) Untuk inti, panaskan sedikit air di dalam periuk. Masukkan gula merah dan kacau hingga cair.

5) Masukkan kelapa dan gula putih. Kacau hingga kering . Siap dan sedia dihidang.

*Pulut inti boleh dimakan sebagai sarapan atau pada waktu petang.

*Tetapi, pulut tidak sesuai dimakan oleh orang yang menghidap penyakit asma.

Sumber: Sendiri
blog comments powered by Disqus