Cucur Kubis


BAHAN-BAHAN
300g tepung gandum
¼ kubis – dipotong kasar
Sedikit garam
Air secukupnya
Minyak masak

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Masukkan kubis yang telah dipotong ke dalam satu bekas.
2) Masukkan pula tepung gandum.
3) Campurkan garam di dalam air.Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi seperti adunan cucur.
4) Goreng sehingga menjadi seperti warna di dalam gambar di atas. Angkat.
*Cucur kubis sangat sesuai dimakan dengan sos atau kuah kacang.
*Jika hendakkan cucur yang lembut, gunakan air yang sejuk.

*Jika mahukan cucur yang rangup, gunakan air biasa.

*Lagi sedap jika kubis lagi banyak daripada tepung gandum.


Sumber: Sendiri
blog comments powered by Disqus