BAHAN-BAHAN
3 cawan ulunthu (direndam dalam air selama >< 3 jam. Kemudian dikisar hingga hancur dengan menggunakan air yang sedikit supaya adunan itu pekat (lagi pekat lagi bagus))
3 biji bawang besar - dimayang halus
3 biji cili hijau - dipotong halus
3 tangkai daun kari (daun sahaja) - dicincang halus
Sedikit garam
LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Ulunthu dikisar.
2) Kemudian, masukkan bawang besar, cili hijau, daun kari dan garam.
3) Gaul sebati dan biarkan adunan selama >< 3 jam.
4) Panaskan minyak (minyak mestilah panas dan banyak)
5) Ambil sedikit adunan dan letak dekat tangan. Leperkan sedikit dan buat lubang ditengah (lebih senang kalau berlapikkan plastik.Sebelum ambil adunan celupkan tangan ke dalam air dahulu supaya adunan tidak lekat di tangan)
6) Goreng sehingga warna kuning keemasan dan bolehlah diangkat.
* Vadai ini sandat sedap dimakan panas-panas dan boleh juga dicicah dengan chutney atau sos.
*Sesuai dimakan pada waktu petang bersama dengan teh tarik panas.
Sumber: Sendiri