Hantar Resepi Anda

Payasam


BAHAN-BAHAN
150g vermicelli
2 senduk penuh gula
3 sudu makan sagu
Sedikit garam
1 tin susu cair
Gajus (mengikut selera masing-masing-digoreng dengan minyak sapi terlebih dahulu)
15 biji kismis
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
Pewarna kuning
Minyak sapi
7 gelas air (kalau pekat boleh tambah air)

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Tuang susu cair dan air di dalam satu periuk. Biarkan mendidih.
2) Sementara itu, goreng sebentar vermicelli dengan 1 sudu minyak sapi. Masukkannya ke dalam susu yang sedang mendidih. Masukkan juga sagu, gula dan garam. Biarkan mendidih.
3) Sementara itu, goreng kulit kayu manis, buah pelaga, gajus dan kismis sehingga keperangan.
4) Setelah sagu kembang, masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi ke dalamnya payasam.
5) Masukkan pewarna kuning mengikut citarasa masing-masing.

Sumber: Sendiri
blog comments powered by Disqus