Roti Sardin Goreng


BAHAN-BAHAN
8 keping roti (potong kiub)
2 biji telur (dipukul sedikit)
1 tin kecil sardin (dibuang tulang dan dihancurkan)
2 biji bawang besar (dicincang)
2 biji cili merah (petong serong)
3 sudu besar sos cili
4 sudu makan sos tomato
1 ½ sudu mentega

LANGKAH PENYEDIAAN:
1) Cairkan mentega dalam kuali.
2) Tumis bawang hingga wangi.
3) Masukkan sardin, sos, dan cili merah. Masak sebentar.
4) Masukkan telur dan biar sehingga telur masak sedikit.
5) Akhir sekali masukkan roti yang telah dipotong kiub-kiub.
6) Masak hingga kesemua bahan sebati. Siap untuk dihidang.
*Masakan ini sesuai dimakan panas-panas dan sesuai dijadikan sarapan.Sedap dan mengenyangkan.

Sumber :www.trymasak.com
blog comments powered by Disqus