Hantar Resepi Anda

Rava Kesari


BAHAN-BAHAN
2 ¼ cawan tepung rava (digoreng sebentar tanpa minyak)
5 sudu besar gula biasa
Sedikit garam
Gajus (mengikut selera masing-masing)
Kismis (kalau suka tapi saya tak guna pun sedap)
5 sudu makan minyak sapi
3 ½ cawan air
½ cawan susu cair
Pewarna kuning

LANGKAH PENYEDIAAN :
1) Panaskan 3 sudu minyak sapi dan goreng gajus hingga keperangan.
2) Dalam minyak yang sama, masukkan air dan susu cair.
3) Masukkan gula, garam dan pewarna kuning. Biarkan sehingga mendidih.
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau. Masukkan sekali gajus tadi dan 2 sudu minyak sapi. Perlahankan api.
5) Kacau hingga kesari tidak melekat pada kuali. Tutup api.
6) Masukkan kesari ke dalam loyang dan ratakan. Siap untuk dihidang.
*Untuk memudahkan meratakannya,letakkan sedikit minyak sapi di atas permukaan kesari. *Kesari sedap dimakan ketika masih panas atau setelah sejuk.
*Sangat sedap dimakan semasa minum petang.

Sumber: Sendiri *Jika hendak potong mengikut bentuk, hendaklah tunggu sehingga sejuk.
blog comments powered by Disqus